Thursday 17 March 2016

Trip ke Tokyo - Part 7 (Kawazu)

Entry ni ielah sambungan dari Trip ke Tokyo - Part 6

Next destination ktrg adelah utk tengok Sakura dalam musim winter. Macam mustahil kan sebab time winter mane ade Sakura lagi. Tapi sebenarnye wujud spesis Sakura yg kembang awal sikit dari Sakura2 lain. Nama die Kawazuzakura yg terletak kat Izu Peninsular. Dari segi colour, Kawazuzakura ni colour pink pekat sikit dari Sakura biase tu tapi kurang gebu dari Sakura biasa. Rasanya tempat ni kurang diketahui tourist sebab masa ktrg kat sana, takde jumpa sorang pun foreigner (tapi tak tau la ade orang dari cine n korea ke tak). Semuanya org Jepun n kebanyakkanya warga emas. JR Train hanye cover sampai station Ito je. Dari Ito ke Kawazu kene guna train Izu Kyuko line tapi disebabkan ktrg ade Kanto area pass, route Izu Kyuko line ni dicover sekali dalam pass tu. Bagi yg ade JR pass, kene beli tiket lain utk naik Izu Kyuko line ye.

Izu Peninsular map (Source: Google)

Mase on the way tu, ktrg kene turun kat station Izu-Kogen sebab drg nak tukar train. Semua org kene keluar kejap n tunggu train baru datang. Kat situ, drg ade tanam 1 ke 2 pokok kawazuzakura utk promote org supaye g Kawazu. Bagus gak care drg iklankan kawasan terpencil. Lepas tu ade acara penyambungan train dibuat kat station tu. Dua train dicantumkan.

Izu-Kogen station



Ade pokok kawazuzakura ditanam dgn explanation pokok ni kat sane tu

Train yg nak dicantumkan

Almost

Done!
Susunan train ni agak menarik. Kerusi menghadap window yg besar. Malangnya didominasi oleh warga Jepun

Golongan surirumah nak ke Kawazu

Ade tempat letak beg kt blakang seat drg

Bestnye drg minom sambil tgk sea view


Tangga turun dari station Kawazu

Ktrg sampai kat station Kawazu dalam tengah hari. Area kawazuzakura ni betul2 sebelah station Kawazu. Ade due bahagian laluan utk tengok pokok2 kawazuzakura ni, kanan station or kiri station. Kirenye station Kawazu ni terletak kat tengah2 la. Tapi due2 part kiri kanan kene g. Cuaca elok masa tu so ktrg pun terus picnic makan bekal yg ktrg bawak kat area picnic yg disediakan. Lepas kenyang makan, ktrg solat kt sudut yg tak ramai org lalu kat situ. Lepas dah settle semua, baru senang hati nak jalan2 kat area Kawazu ni.


Tanaman sayur musim sejuk

Tong sampah

Dog dan kenderaanya
Elok je ktrg baru nak jalan ke area deretan pokok sakura, hujan pun turun. Takdelah lebat sangat tapi tak best la kan sebab kene jalan berpayung lak. So most of the pictures yg ktrg tangkap mase tengah hujan.



Kawazuzakura basah dgn hujan


Toilet ade disediakan

Pokok kawazuzakura terbesar kt sini. Kalau x hujan boleh duduk kt bench tu













Kat sini selain tengok sakura, ade gak gerai2 yg jual makanan, buah2n, sayur2n n ade gak benih pokok kawazuzakura ni. Sangat recommended utk beli buah2n kt sini sebab semuanya manis n sedap! Quality memang drg jaga betul2. Sesuai jugak utk bawak balik ke Malaysia. Ktrg bawak balik 2 ikat lemon yg manis. Sebab kat Malaysia asik jumpe yg masam je kan. Lepas tu ade gak ktrg beli strawberry sebab die manis n besar gebu.

Org2 kat sini pun kebanyakkannye ramah sikit dari kat Tokyo tu. Maybe sebab kat sini ramai golongan veteran je, so drg macam caring sikit. Ktrg jumpe due couple Jepun, tue dah pangkat tok nenek. Satu couple tu tak reti English tapi semangat nak tanye ktrg dari mane, die banyak cakap sambil buat isyarat tangan nk bagi ktrg paham. Die nak cakap kesian kt ktrg sebab datang time hujan. Lagi 1 couple lak pun peringkat tok nenek gak tapi husband die leh cakap English, same gak tanye ktrg dari mane.

Pokok benih kawazuzakura

Kedai udon



Pokok benih yg murah sikit







Chestnut

Kedai ice cream


Lemon ni sgt manis

Daun wasabi n wasabi root

Wasabi dlm bentuk toothpaste, picit je. Sedap


Byknye sayur die letak dlm Takoyaki

Orange juice

Sakura Tea, manis

Antara kacang yg dijual







Anak pokok bunga








Green Tea, sgt sedap yg ni
Ktrg spend masa agak lama gak kat sini. Dah dekat nak gelap n pekedai2 sume dah kemas2 barang baru ktrg balik ke station Kawazu. Overall tempat ni recommended utk sesiapa yg datang ke Tokyo pada musim winter tapi nk tengok sakura jugak. Kawazuzakura start bloom end of February ye tapi kene check balik kat internet utk setiap tahun sebab takut ada perubahan cuaca kan. Tempat ni kurang pelancong tapi ramai local. Surrounding n udara die sangat bersih, nyaman n org2 pun rilek je kat sini jalan slow2 tak terkejar2. Kalau sesiapa nak cari buah2n tu, kat sini pun boleh beli sebab fresh from farm. Next destination sambung kat next entry pulak.

No comments:

Post a Comment