Sunday 22 January 2017

Trip ke China - Jiayuguan (Part 3)

Awal pagi ni, ktrg bangun awal pagi utk solat subuh. Rase berat sangat kepale, tekak perit and dah start selseme jenis yg heavy ni. So memang sah la dah kene demam. Puncenye tak lain dan tak bukan mesti lah dari mak and anak yg kat tepi katil ktrg mase dalam train haritu. Rase menyesal la pulak sebab tak pakai mask mase duduk dalam train dgn drg tu. Sebab drg batuk2 berie jugak and memang menghala ke arah ktrg. So lepas mandi, breakfast bubur instant and lepastu telan panadol lagi. Hopefully takdelah kene penyakit pelik2 kat China ni.

Ktrg ingat nak terus keluar tapi sebab kat luar gelap lagi and sunrise pun dekat2 pukul 9am, so ktrg decide keluar lepas matahari dah ade nanti je. So boleh lah rehat kejap and tertidur akibat kesan ubat tu. Tepat pukul 9am, ktrg turun bawah nak tanye kat receptionist tu macam mana nak pergi ke great wall. Die suruh amek bus no4 kat bus stop yg tak jauh mane dari hotel ni. Selain bus no4, boleh jugak naik bus no6 utk ke great wall. Tapi sebab hotel ktrg ni kat laluan bus no4, so naik bus no4 je la. Harge tambang 1yuan je setiap seorang. Nak bayar, masukkan je dalam kotak tepi driver. Make sure ade duit kecik sebab kalau bagi duit besar, takkan dapat baki.

Masukkan duit dalam kotak kat depan tu

Perjalanan dalam 20minit naik bus. Banyak jugak tempat yg die stop along the way. Ktrg tengok2 lah jugak kot2 ade kedai makan halal kat area sepanjang laluan bus ni tapi tak nampak la pulak. Berbeze dengan Dunhuang yg banyak kedai halal walaupun jarak due bandar ni takdelah jauh sangat. Bus stop utk great wall ni ielah yg paling last. Kirenye semue passenger yg ade dalam bus kene turun la kat bus stop great wall ni. Lepastu ktrg pun tengok kiri kanan macam kawasan tandus je, macam takde ape2. Tapi ade signboard warne brown yg tulis Jiayu Pass ke arah kiri. So ktrg ikut je signboard tu. 


Ikut signboard brown tu

Lalu area kedai2 souvenir tapi semuanya tutop. Memang time2 macam ni tak ramai tourist pun. Ktrg lalu tepi due buah taxi yg tengah park kat tepi kedai2 tu. Kebetulan driver taxi tu tengah lepak kat luar, ade due orang. Yg sorang pakcik tu approach ktrg, cakap cine. Ktrg cakap ktrg cakap English je. Lepastu terus die cakap English dengan ktrg. Tak fluent sangat tapi boleh lah faham. Die cakap nak bawak ktrg ke great wall. Great wall dengan Jiayu pass ni jauh sikit dalam 7km, bukan walking distance. Die cakap 80yuan pergi and balik. Ktrg takdelah terus setuju sebab macam agak mahal jugak. Ktrg cakap ktrg nak masuk Jiayu pass dulu, dah habis nanti ktrg keluar cari balik die kalau ktrg nak g great wall tu.

Ikot je signboard ni utk cari ticket office
Lepastu terus je ktrg cari counter ticket, ikut signboard yg drg pacak kat tepi2 laluan. Dekat internet cakap boleh gune student card utk dapatkan discount. 1 je student card yg ktrg ade sebab salah sorang dari ktrg tengah buat master so hopefully boleh la. Tapi die mintak passport ktrg pulak lepastu. Bile die tengok tarikh lahir je, terus die cakap tak boleh and ignore ktrg. Laaa, beze sikit je kot umur ktrg dari budak2 degree tapi tak lepas. So ktrg terus je mintak 2 ticket, die suruh bayar 120yuan setiap sorang. Lepastu die campak je ticket dengan balance tu kat ktrg sambil pandang computer die. Ni lagi satu kes PMS akak ticket. Harge ticket ni cover 3 tempat, Jiayu pass, Great Wall dengan First Fire Tower. Kalau ikot yg ktrg study sebelum ni dalam internet cakap kalau low season harge ticket 102yuan je tapi ktrg tak dapat pun harge macam tu.

Takde orang pun time ni
Map Jiayu Pass ni takde info in English

Temperature time ni -8 celcius. Memang agak sejuk jugak la, tambah lagi dengan rase tak sihat ni jadi agak tak selese nak jalan2. Tapi kene gagahkan diri jugak sebab bukannye senang nak datang tempat ni. Dah dapat ticket tu, kene pergi kat palang entrance and scan ticket sekali dengan cap jari. Mase ktrg masuk ni, ade beberape orang lelaki cine kat depan ktrg. Kirenye dalam tu just ktrg dengan lelaki2 cine tu je la time tu. Mule2 kene lalu area frozen lake. Tapi lake tu berpagar, kalau tak ktrg nak try test buat ice skate atas frozen lake tu.

Frozen lake yg berpagar


Basikal yg direndam dalam frozen lake
Jiayu pass ni dibine pada tahun 1368-1644 mase zaman dinasti Ming. Mase proses nak bine tempat ni, kerajaan mintak estimation berapa banyak batu bata yg diperlukan kat architect yg bertanggungjawab utk bina Jiayu pass ni. Architect tu bagitau yg die perlukan 99,999 batu bata. Lepastu kerajaan tanye balik betul ke cukup banyak tu je. Architect tu macam serbe salah and cakap die perlukan 100,000 batu bata which tambah 1 brick je lagi dari estimation awal yg die cakap mule2 tu. Lepas Jiayu pass ni siap, kerajaan find out yg ade lebihan 1 ketul batu bata yg mane lebihan tu drg letak kat salah satu menara yg ada dalam Jiayu pass. Tapi ktrg takde jumpe pun batu bate tu. Kalau google boleh tengok batu bata yg dimaksudkan tu.

Menapak menuju ke pintu gerbang Jiayu Pass


Kedai kat tepi pintu gerbang Jiayu Pass ni jual souvenir dgn ade cafe

Ktrg masuk ikot East Gate
Pandangan East Gate dari luar

East Gate dari dalam

Peta area Jiayu Pass, ade English yg kat dalam ni


Boleh tahan luas jugak area Jiayu Pass ni. Jiayu Pass ni kiranye macam kota pertahanan yg paling hujung kat Great Wall of China. Selain Jiayu Pass, ade lagi 2 pass yg penting sepanjang Great Wall iaitu Juyong Pass kat Beijing dgn Shanhai Pass kat hujung belah timur yg jumpe dgn laut kat Qinhuangdao, Hebei. Jiayu Pass ni hujung belah barat. Lepastu kegunaan die selain jadi kota pertahanan, tempat ketenteraan and tempat kawalan keluar masuk ke China melalui Silk road, kat sini jugak tempat utk buang rakyat China. Golongan macam penjenayah dengan pembelot negara la yg plg banyak kene buang negara kat sini yg mane lepas halau dari sini, drg kene survive kat gurun Gobi.

Bahagian utara dengan selatan Jiayu Pass ni bersambung dengan great wall sebenarnya tapi dah runtuh and kerajaan China pun takde nak restore balik. Dikatakan yg 60 km great wall kat area Gansu ni akan hilang pada 20tahun akan datang sebab sandstorm. Tapi tak tahu la kalau kerajaan China tukar fikiran untuk preserve great wall kat area Gansu ni. Tapi yg Jiayu Pass ni memang kerajaan China jage elok2 la sebab nak jadikan tempat tourism.






Kat bahagian dalam Jiayu Pass ni ade due level. Tingkat bawah ade bilik2 macam bilik opera, temple, bilik2 mesyuarat, dataran, meriam dengan kemah Mongolia. Kat tingkat atas lak, die macam laluan ke menara and boleh nampak keliling area Jiayu Pass ni. Tangge nak ke atas macam tersorok sikit so kene tanye orang2 kat situ macam mane nak naik or observe je rakyat cine yg dtg kat sini pergi ke arah mane utk ke atas. 

Mase ktrg jalan2 kat area bawah ni, punyelah berangin kencang gile. Walaupun dalam kawasan berdinding tapi tak tau angin kencang tu datang dari arah mane. Memang sejuk betul time kat bawah ni. Lagi2 kalau lalu kat gate die tu, memang lain macam angin yg tiup kat situ.


Ni tokong drg, ktrg tengok dari luar je sebab ade tok sami kat dalam



Ni macam pentas opera yg pakai topeng muke tu


Close up senibina atap die

Texture lantai die




Kalau sesat boleh rujuk signboard ni


Replika khemah Mongolia

Bile sampai kat bahagian dataran yg ade khemah Mongolia ni, ktrg jumpe gerai jual souvenir. Nak cari fridge magnet tapi takde. Yang ade key chain harge 30yuan dengan plate tembaga yg berukiran great wall. Kalau kecik 75yuan, yg besar sikit 85yuan. Lepastu siap boleh ukir name kite kat belakang plate tu lagi. Sebab tak pernah lagi jumpe kedai souvenir yg jual barang2 proper macam ni, ktrg try nego utk plate yg besar tu. Ktrg mintak 70yuan tapi die tak bagi, die bagi 80yuan je. Takdelah dapat murah sangat tapi boleh la dari takde ape2 yg bermotifkan great wall langsung. Key chain tembaga tu tak beli pun sebab macam mahal sangat 30yuan. Lepastu ktrg tanye org jual tu macam mane nak naik atas, die tunjuk jalan yg macam tersembunyi sikit and baru la ktrg nampak tangge ke atas.


Ni die susun batu2 utk jadi bentuk macam ni

Tangge utk manusia belah kanan, utk kuda belah kiri



Kat atas ni yg peliknye walaupun kedudukan die kat atas tapi takdelah berangin kencang sangat macam kat bawah. Kat atas ni kene direct sunlight kot sebab tu tak sesejuk kat bawah. Ktrg lepak lame jugak kat bahagian atas utk ber sunbath nak hilangkan sejuk. Dari atas ni boleh nampak keadaan sekeliling Jiayu Pass yg memang tandus gile, memang gurun takde ape2 langsung.


Matahari di situ




Laluan kat bahagian atas

Belah sini boleh nampak bandar Jiayuguan sekali dengan tenaga nuclear




Ni bahagian yg menghadap gurun. Kosong je takde ape2

Replika meriam pun ade



Lepas dah panaskan sikit badan ktrg dengan bersunbath, ktrg pun cover semua part atas ni. Die tak bersambung kat semua part. Kene turun and naik balik utk ke belah lagi satu. Tapi semuanya lebih kurang sama je, takde beza sangat. Dah habis tawaf semua part atas, ktrg pun dah puas hati sebab dapat cover semua part dalam Jiayu Pass ni tanpe terkejar2. Lepastu ikot signboard ke arah exit. Exit die bukan kat tempat yg masuk tadi tu. Mase ktrg nak balik ni, barulah nampak banyak rombongan rakyat china yg dah start penuhkan area bawah ni. Dah keluar dari Jiayu Pass, ktrg nampak ade 1 bangunan tulis Jiayuguan Museum of the Great Wall. Sebab ktrg ade banyak mase, ktrg saje la nak masuk dalam tu. Nak masuk kene scan bag and die check ticket kite. So maknenye ticket tu include skali dengan museum ni.




Melawat toilet die dulu

Ade air minuman tapi tak berani nak try

Kat entrance die ade lukisan great wall Jiayuguan

Boleh tinggalkan bag kat kaunter ni
Bile masuk dalam museum ni, ktrg pergi toilet die dulu. Ok jugak, bersih. Maybe sebab low season takde orang datang sangat. Dalam ni ade heater so memang lege gile la dah tak payah menggigil2 tahan sejuk. Lepastu ktrg sempat g panaskan tangan kat tempat pengering tangan dulu. Dah selese baru ktrg proceed ke tempat pameran die. Mostly ade tulis pasal sejarah Great Wall, tinggalan sejarah macam brick yg drg gune, pinggan mangkuk, senjata, baju2 lama dengan replika great wall and Jiayu Pass yg asal.


Cap mohor

Contoh brick yg digunakan utk bina Great Wall





Replika Jiayu Pass yg asal



General ape entah


Kasut zaman dulu

Senjata

Pedang ni besar gilos


Macam kenal tapi takde explanation in English

Cartoon bahasa China yg ceritakan pasal cara2 pembinaan great wall. Menarik gak jalan cerite die
Yg paling menarik dalam museum ni, die ade sediekan beberapa tv yg menyiarkan cartoon tentang cara buat & sejarah great wall. Setiap tv cerita lain2. Walaupun dalam bahasa China tapi sebab die cartoon, so boleh lah jugak faham dari segi pergerakan die. Ktrg tengok 1 cerite je, pasal rakyat China dikerah angkat batu bata naik bukit utk bina Great Wall. Tapi ramai gile yg tak larat and jatuh sakit sebab kerja berat. 1 hari ni, ade salah sorang rakyat tu nampak ade budah tengah main kejar2 dengan kambing. Kambing tu slumber je berlari daki bukit. So org yg nampak kejadian tu beli kambing tu dari budak tu and try ikatkan batu bata kat badan kambing tu. Lepastu kambing tu still laju je berlari sambil senyum mendaki bukit ke area construction great wall. So start dari haritu, drg mula gunekan kambing utk bawak batu bata naik atas bukit ke tempat pembinaan Great Wall.

Dah habis tengok tv, ktrg pusing lagi tengok ape yg ade. Last2 ktrg jumpe pintu exit yg membawa ktrg ke tempat jual souvenir. Cari fridge magnet, ade, tapi gambar dewa dewi drg. Punyelah org jual tu promote cakap gambar dewi Guanyin tu bagus la ape sume. Tapi masalahnye ktrg nak fridge magnet yg nampak keChinaan die macam ade gambar Great Wall ke map China ke flag China ke. So ktrg takde la beli pun. Tengok plate yg ade gambar Great Wall tu lagi mahal kat sini dari kat dalam tadi. Kat sini jual 120yuan. So sape yg berminat nak beli plate gambar Great Wall, better beli kat dalam je and try nego dgn makcik kat dalam Jiayu Pass tadi tu.


Kedai souvenir

Ade jual cawan2 kecik
Exit dari museum

Takde ape nak beli so ktrg keluar je terus. Time tu dah pukul 12 lebih. Rase macam lapar pulak. Mase sampai pagi tadi macam nampak ade kedai makan halal tapi tutop lagi pagi tadi. Hopefully dah bukak lah tengah2 hari macam ni. Ktrg pun ikot je signboard ke arah exit. On the way tu, ktrg lalu macam area hutan2 sikit yg ade banyak pokok. Nampak macam interesting je so ktrg pun masuk kejap nak tengok ape ade. Sekali jumpe jambatan tergantung yg berlatarbelakangkan Jiayu Pass tapi dah rosak lah and takde laluan proper utk ke jambatan tu. Ktrg lalu ikot batu2 yg ade je. Lepastu bawah jambatan terapung tu macam ade sungai kecik yg frozen. Agak menarik jugaklah jumpe view ni.





Jumpe jambatan gantung ni






Memang best kat sini sebab takde orang. Lagi pun bile orang yg nak exit tu, drg terus je menuju ke exit. Ktrg ni melencong dulu explore lagi ape yg ade. Tak sangke dapat jumpe tempat macam ni. Dah settle amek gambar semua barulah ktrg bergerak ke pintu exit. On the way tu memang tak jumpe ape2 dah. Laluan die terus ke pintu exit yg kene lalu pagar berpusing tu. So tamatlah part Jiayu Pass ni. Next ktrg nak ke Great Wall pulak. Tapi sambung kat next entry ye.

No comments:

Post a Comment