Thursday 12 January 2017

Trip ke China - Chengdu & Gansu (Part 1)

Kalau sebut China, mesti ramai yg tak berani nak pergi tanpa tourist guide sebab masalah bahasa tapi ktrg yg memang zero in Chinese ni nak try pergi ke China sendiri tanpa tourist guide selama 8 hari 7 malam ke tempat yg agak off the beaten path, iaitu tempat yg tak ramai tourist ke sane. Trip ke China buat pertama kali ni hanya cover bahagian utara barat China iaitu daerah Sichuan, Gansu and Shaanxi sahaja. Highlight trip ni ielah daerah Gansu. Yang selebihnye tu singgah amek cukop syarat je. Sebenarnye teringin nak lajak lagi perjalanan sampai daerah Xinjiang sebab selama ni pun memang Xinjiang lah tempat yg paling menarik perhatian ktrg kat China ni tapi memang tak cukup masa so tak boleh nak lajak ke sana. Mungkin akan try cover Xinjiang bila bullet train ke sane siap nanti. 

Idea nak buat trip ke China ni muncul lepas jumpe tiket return murah KUL-Chengdu. Ktrg dapat tiket RM370 return. Mule2 tu ingat nak cover Juizhai Valley yg famous tu dengan Xian je tapi sebab ade yg request nak ke Great Wall sebab kalau ke China tapi tak singgah Great Wall macam tak best so lastnye ke Gansu lah. Kalau nak ke Beijing tu macam dah jauh sangat and lari budget, so lepas ktrg find out yg penghujung Great Wall ni terletak kat Gansu, so settle masalah. Sebenarnya kalau nak ke Gansu, lagi dekat kalau start kat Xian tapi sebab tiket ke Xian takde yg murah so ktrg pun terpakse start dari Chengdu je. Tu pun nasib dapat cuti lame sikit, kalau tak memang tak sempat lah nak cover semua ni. 

Visa ktrg takde mase nak buat sendiri so ktrg suruh tourist company je buatkan. Persiapan semua berjalan dengan lancar. Tiba hari perlepasan, ktrg ke KLIA2 seawal pukul 6.30am sebab flight ktrg pukul 9.15am. Perjalanan ke Chengdu ambil masa selama 4jam lebih.




Selamat touchdown kat Chengdu Shuangliu International Airport pukul 2pm lebih. Bende 1st yg ktrg cari kat airport ni ielah prayer room sebab ade pernah terbaca yg airport ni sediakan prayer room kat bahagian departure. So ktrg pun cari information counter kat bahagian departure. Staff yg jage counter time tu staff perempuan. Ktrg pun tanye la pasal prayer room tapi staff tu tak faham maksud prayer room. Bukan takat tak paham je tapi sampai jadi tahap malas nak layan ktrg. 

Ktrg buat tebal muke je tanye banyak2 kali sampai la die give up and die call kawan die yg lagi fasih cakap English. Die suruh ktrg cakap dgn kawan die dalam phone. Kawan die ok je paham ape yg ktrg tengah cari and terangkan yg prayer room tu terletak kat bahagian dalam departure kat bahagian lepas check kastam semua tu. Memang ktrg tak boleh nak masuk la time tu. So takpe, ucapkan terima kasih kat telephone and kat staff airport tu. Terus je ktrg pergi ke gate 2 Terminal 1 kat level arrival untuk naik bus ke Chengdu North Railway station.

Ktrg cari Airport Bus Line 2. Jumpe je, terus ktrg pergi kat bus tu and beli ticket bus kat kaunter tepi Airport Bus Line 2 tu. Ktrg survey kat internet harga 10yuan je tapi ktrg kene bayar 17yuan seorang. Harge dah naik kot. Bayar and terus naik bus tu. Belum penuh bus tu dengan penumpang tapi bus dah jalan. Ok la jugak sebab die tak tunggu bus penuh utk jalan. Tapi rupe2nye die nak amek lagi penumpang kat Terminal 2. Baru la penuh bus tu lepas orang2 dari Terminal 2 naik. Lepastu terus je bus tu jalan tak stop2 dah.

Ni penanda Airprot Bus Line 2 kat luar airport

Ticket Airport Bus Line 2


Keluar dari pintu airport, sila skip bahagian taxi ni

Bus ni akan turunkan penumpang kat beberapa hentian tapi last sekali die akan turunkan kat Chengdu North Railway Station. Ktrg memang nak ke situ sebab nak beli ticket train ke Gansu. Cara2 nak beli ticket train secara detail boleh rujuk kat entry Trip ke China - Train. Dalam 30minit lepas tu ktrg pun sampai kat Chengdu North Railway Station. Punyelah ramai manusia walaupun time weekday. Railway station ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Tempat menunggu nak naik train asing dari tempat nak beli ticket. Signboard English ade so jangan risau. Ktrg terus je ke arah tempat beli tiket yg terletak kat sebelah kanan KFC.

Ktrg pun beratur la kat area "Surplus tickets" utk beli tiket. Hulur kertas yg ktrg dah prepare dengan tulisan China untuk beli train ticket dengan passport kat akak yg jage kaunter tu. Akak tu pun takde cakap ape, die print out ticket ktrg lepastu mintak duit. Ktrg bagi duit lepas die dah settle semue, die amek passport ktrg dengan ticket sekali dengan duit balance and beliau campak je semue tu kat depan muke ktrg. Wowwww... Mungkin akak ni tengah PMS kot. Ktrg tak amek hati pun tapi lepastu ktrg check balik tiket, ade sekeping je. Mane sekeping lagi?


Lepas dah try cari kot2 terselit dalam passport or celah2 duit balance ke tapi still tak jumpe jugak, ktrg terpakse menghadap akak tu balik. Die mintak passport ktrg and die buat bende yg ktrg dah buat tadi, cari kat celah2 passport tapi takde. Lepastu die macam cuak pergi panggil manager die kot. Yg ktrg ni pikir jugak mane ticket tu pergi lepastu nampak kelibat sekeping tiket kat bawah kaunter tu. Memang sah akak tu campak tiket tu tadi sampai terjatuh kat lantai bawah kaunter. Terus ktrg bagitahu akak tu cakap dah jumpe. Akak tu tak pandang ktrg pun. Ok, Alhamdulillah settle.

Next step, ktrg tinggalkan beg2 ktrg kat tempat simpan beg. Die charge 10yuan setiap bag. Lepastu terus je ktrg cari Metro pulak utk pergi cari makan tengah hari. Kat area North Railway station ni ade 1 gerai jual makanan Halal tapi die jual sate kambing dengan roti bulat tu je. Macam kurang heavy la pulak sebab ktrg ingat nak cari heavy food sikit. Nanti lepas ni nak naik train 34jam so dah tak dapat nak makan heavy food nanti. Cari je signboard ke Metro yg terletak kat bawah tanah. Lepastu tiket beli kat machine je senang sebab ade English option. Tapi beg akan kene scan dulu ye before nak masuk kat tempat palang2 gate tu.


Machine die ade English option

Ticket berasaskan Panda


Ikot laluan yg disediekan walaupun rakyat China tak suke beratur

Ktrg turun kat station metro Luomashi, 3 station lepas North Railway Station. Kat sini ade 1 kedai makan Halal betul2 seberang jalan dari Sheraton Hotel. So keluar dari Luomashi station, cari Sheraton hotel dulu. Lepastu kedai Halal tu memang dekat sangat2. Kedai makan ni mase ktrg sampai takde customer pun. Pekerje kedai makan ni tak boleh cakap English. Menu pulak semua dalam Chinese. Tapi kat dinding kedai ni die ade display menu dengan gambar makanan so mudah lah sikit. Ktrg pilih nasi dengan daging goreng, share berdue sebab portion die banyak juga. Makcik tu masak cepat je. Drg bagi sup sorang satu tapi air takde. Nasi tu ok sedap and tak pedas langsung.

Cari signboard biru ade tulis Halal ni kat tepi Sheraton Hotel



Sedap, macam daging masak kicap

Mase ktrg habis makan tu dalam pukul 4ptg dah. Mule2 tu ingatkan nak pergi cari masjid utk solat jamak Asar dgn Zohor tapi sebab takut sesat and takut lambat sampai kat North Railway station tu, ktrg mintak izin nak tumpang solat kat kedai ni. Mule2 drg tak paham, lepas tu tunjuk gaye solat semua tu baru drg paham. Drg bagi ktrg solat dalam bilik kecik tepi dapur. Alhamdulillah, mudah urusan ktrg. Selesai solat semua, ktrg ucapkan terima kasih sangat2 kat semua pekerja kedai tu. 

Terus je pergi balik ke Metro station ke North Railway station. Ktrg agak cemas sebab review yg ktrg bace pasal long distance train cakap kene sampai awal kat station sebab libatkan scanning, nak jalan cari gerabak lagi ape semua. Ni 1st time ktrg nak naik so agak cuak la jugak. Sampai je kat North Railway station dalam pukul 5 lebih, ktrg terus amek beg ktrg and masuk kat bahagian entrance station tu. Bahagian entrance tu ade ruangan menunggu. Nak masuk situ kene tunjuk ticket and passport. Lepastu kene scan bag pulak. Kalau ade air, kene bagi drg scan botol air tu dengan scanner khas. Lepastu nak cari bilik menunggu kene berpandukan kat nombor train kite. Kat mane ade tulis no train kite, kat situ lah tempat kite kene tunggu.



Kalau train no kite tersenarai dalam list ni, boleh masuk waiting dalam ni

Senarai train yg akan tiba

Kat dalam ruangan menunggu ni ade banyak kedai2 jual junk food dengan air2 semua. Kalau nak beli, pilih kedai yg dah ade display price utk barang2 die. Kalau yg tak tulis harge ni takot die mark up bile jual kat foreigner. Kedai makan pun ade tapi tak halal la. Kerusi ruangan menunggu ni ade banyak so takdelah kene berdiri or bersile atas lantai. Toilet pun ade disediakan tapi ktrg tak berani nak jenguk sebab bau die dari luar pun dah dasyat dah. Selain tu, air panas pun disediakan utk sesiapa yg nak buat air panas or masak maggi. Rata2 rakyat China ni sangat suka makan instant noodle. Tak tahu la sebab murah or sebab drg memang suke makan.


Golongan rakyat China yg tengah tunggu train

Ruangan air panas

Dalam lagi 20minit train ktrg nak sampai, pagar tempat utk ke platform tu dah display nombor train ktrg. Bile drg dah display nombor train tu maknenye dah boleh masuk pergi kat platform dah. Ktrg pun terus je beratur n tunjuk tiket ktrg kat petugas yg jage gate platform tu. Lepastu jalan je ke arah train. Mudah je rupenye proses nak naik train ni. Takdelah perlukan sampai 2-3 jam sangat pun kene ada kat station. Sejam pun dah ok dah. Dekat depan setiap pintu gerabak train tu akan ade staff lagi yg jage. Kene tunjuk tiket kat drg baru drg bagi naik. Ktrg amek train hard sleeper. Sorang kat bawah, sorang kat tengah.


No train yg dah display kat sini boleh masuk

Ingat boleh jimat sikit kalau sorang lagi kat tengah n nanti pagi2 boleh tumpang lepak katil bawah je. Tapi ktrg silap. Sebabnye katil bawah sebelah katil ktrg tu ade sorang ibu dengan anak lelaki die dalam 3-4 tahun macam tu. Budak2 ni mule2 jumpe kite memang la nampak baik. Tapi ktrg bakal duduk dengan drg selame 34 jam! Budak tu sangat buas. Yg tu boleh tahan lagi tapi masalah terbesar ielah drg due2 anak beranak tu tengah batuk. Memang selalu batuk and batuk tepat ke arah ktrg. So rasenye memang silap banyak la bile ktrg tak amek due2 katil bawah. Takpelah, pengalaman kan.

Bile dah naik train tu, boleh letak bag kat bawah katil bagi yg dapat katil bawah or boleh letak kat bahagian atas. Lepastu try duduk diam2 dulu. Jangan merayau pegi mane2 lagi sebab kene tunggu staff yg jage pintu tadi tukarkan tiket kite dengan kad ape entah. Toilet pun drg kunci time train stop kat mane2 station bagi elak penumpang tertinggal or menyorok dalam toilet. Lepas train dah gerak nanti barulah boleh nak pergi jalan2 or pergi toilet. Staff yg jage gerabak ktrg ni perempuan. Die sangat rajin. Kejap2 die datang sapu, kejap2 datang mop. Lagi pun gerabak ktrg tak penuh, so memang senang die nak control.


Ni kad exchange die bagi dengan tiket train

Sebab mase ktrg naik tu dah gelap. Ktrg terus pergi toilet die dulu. Ok lagi, bersih je. Lepastu amek wuduk siap2 utk solat Maghrib n Isyak. Lepas dah settle semue, terus ktrg lepak kat katil masing2. Dalam pukul 10pm macam tu, drg automatic off semua lampu dalam train. Yang tinggal lampu kat toilet dengan sinki je. Die memang nak bagi semua orang boleh tidur. Katil pun ok je ade tilam nipis, selimut tebal and bantal. Tidur dengan aman sampai lah esok subuhnya. Ktrg bangun awal untuk solat subuh. Rakyat China ramai lagi yg tengah tidur. Lagi2 sebab lampu belum on lagi. Ktrg pergi gosok gigi dulu n cuci muka amek wuduk semua. Solat lepastu terus ktrg duduk kat meja kecik yg ade power plug.




Tak lame lepastu ktrg perasan semua org yg bangun awal memang cari power plug tu utk charge gadget drg. Ktrg memang bawak double power socket so mudah sikit ktrg boleh charge due orang serentak. Time ni baru la berani nak gune camera lepas dah dapat power plug. Dalam pukul 8 macam tu baru lah drg on lampu dalam train. Ktrg breakfast makan instant bubur je yg ktrg bawak dari Malaysia dengan air 3 in 1 dengan biskut sikit. Ktrg duduk kat meje tu je. Taknak ganggu akak katil sebelah dengan anak lelaki die yg asek batuk je tu. Nak elak dari berjangkit dengan drg. Lepastu tengok anak die buas jugak terlompat2. So baik ktrg layan view je sambil penuhkan power bank ktrg.

Pemandangan awal pagi tu gunung ganang je banyak. Gunung ganang yg jenis berbatu ni. Kawasan pertanian pun banyak jugak. Tapi memang banyak gile masuk dalam terowong. Asal jumpe gunung je, mesti akan masuk dalam terowong. Ktrg sewe broadband kat Travel Recommended kat KLIA2. Dapat rate sehari RM18. Tak tahu lah murah ke mahal dari kalau beli sim card. Tapi broadband ni ok je berfungsi. Cuma bila masuk dalam terowong tu je tak dapat line. Lepastu China block facebook, instagram, google map and google semua tu. So ktrg download Turbo VPN siap2 dari Malaysia. Setiap kali nak gune bende2 yg China block ni, kene on Turbo VPN dulu. Lepastu baru boleh access.





Nuclear
Kawasan perumahan petani






Penempatan orang Islam sebab ade tulisan Bismillah depan rumah die
Antara masjid yg ada sepanjang silk road

Rakyat China ni rupe2nye tidur petang. Dalam pukul 2 lepas drg lunch, memang majority tidur kat katil masing2. Ktrg ni je masih kental tak nak pergi landing atas katil lagi. Ktrg lagi prefer tengok view lagi pun kalau ktrg pergi lepak kat katil, memang takkan dapat dah power plug ni dah. Rakyat China start bangun balik dalam pukul 5pm. Drg start nak dinner pulak time2 macamtu. Ktrg pun sekali la dinner gak before maghrib tu. Sebab lepas maghrib je, ktrg ingat nak balik ke katil masing2 lepak situ pulak. Mase ktrg balik ke katil tu, nampak budak lelaki tu tengah tidur nyenyak. Die tak tidur petang tadi, busy main terlompat2. Mak die pulak tengah layan movie opera China dalam phone.


Besi atas kepala budak ni ielah tangge utk naik ke katil atas

Ktrg memang bersyukur la bile budak tu tidur sebab die tak buat bising dah. Cume tengah2 malam la die terbatuk2 and mak die tepuk2 die. Tu je lah. Ktrg pun main game n update social media sikit lepastu terus je tidur sebab esok pagi dalam pukul 3am dah nak sampai dah ke destinasi ktrg. Dalam pukul 2am macam tu, mak budak dengan budak ni dah bangun siap2 kemas beg drg. Ktrg ni pun cuak la n same2 nyebok nak bangun jugak. Ktrg pergi toilet, gosok gigi n amek wuduk siap2. Tak lame lepastu mak budak and budak tu turun. Ktrg macam was2 pergi tanye staff yg jage train tu, die cakap belum sampai station ktrg lagi. Next station baru ktrg.

So ktrg pun sambung la baring balik tapi tak boleh nak tidur sangat dah. Dalam lagi 15minit nak sampai, ktrg turun dari katil n kemas2 beg. Lepastu staff yg jage gerabak tu pulangkan balik tiket ktrg n ktrg kene bagi balik kad yg ktrg dapat mase awal2 naik train haritu. Die suruh ktrg pergi standby kat depan pintu keluar. Ade la jugak beberapa orang penumpang lain yg same2 standby kat depan pintu tu dengan ktrg. Train yg ktrg naik ni tempat last die sampai kat Urumqi, Xinjiang. Antara tempat yg ktrg nak pergi jugak sebenarnya tapi belum ade rezeki lagi.

Turun2 je dari train, cuaca memang sejuk gile. Ktrg cepat2 pergi masuk dalam arrival hall. Lepastu keluar dari hall tu, pergi ke arah kanan die untuk beli ticket train lagi. Sebenarnye ktrg belum sampai destinasi ktrg lagi. Takde direct train dari Chengdu ke Dunhuang, so kene tukar naik train kat Jiayuguan. Kaunter tiket ade sorang staff perempuan yg jage, boleh cakap English and tak moody macam akak kat Chengdu tu. Ktrg beli hard seat je sebab train dalam 4jam je ke Dunhuang. Lepas dapat ticket, terus je masuk dalam waiting room. Kene scan bag dulu macam biasa.


Station Jiayuguan

Masuk2 je kene scan bag

Dalam 45minit lepastu, train ktrg ditampal kat entrance platform. Ktrg pun pergi la beratur siap2. Terus naik train. Gerabak hard seat drg tak tutop lampu macam kat gerabak hard sleeper. Kesian tengok drg tidur macam tak selese je sebab kerusi tu tegak, tak boleh nak adjust bagi ke belakang sikit. Hard seat ni sebenarnye kalau tak ramai orang, boleh duduk free seat je kat mane2 yg kite suke. Ktrg solat subuh dalam train je sebab subuh masuk agak lambat dekat sini. Sunrise pun lewat, dekat2 nak pukul 9 baru matahari terbit.



Tempat letak bag kat area hard sear. Toilet and air panas pun ade

Rakyat China tengah tidur kat hard seat
Sepanjang perjalanan tu akan lalu kawasan windmill yg drg gunekan jadi sumber bekalan electric. Banyak gile windmill tapi tak amek gambar pun sebab belum ade matahari lagi. Lepas matahari dah ade, ktrg agak terkejut sebab tengok ade banyak snow kat atas tanah n atas bukit2 kat situ. Sebab Gansu ni area gurun so ktrg tak expect pun akan jumpe snow. Dalam pukul 10.20am, ktrg selamat sampai kat station terakhir train ni iaitu Dunhuang. Punyelah lame mase yg diambil utk ke sini sebab start dari Chengdu. Tapi takpelah, at least dapat la sikit perasaan macam mana naik Trans-Siberia tu yg memakan masa lagi lama dari ni. Ape yg menarik pasal Dunhuang ni? Ikuti sambungan dalam entry yang akan datang.






3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Hi, boleh tahu tak korang buat visa thru agency mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. visa China nak murah boleh buat sendiri kt Hampshire Place Office, KL. Tapi bukak hari kerja weekday je. Kalau takde mase nak g sendiri, boleh guna agent. Ktrg buat kat Tour Agency dalam Tesco Kepong, ade extra charge. So mahal sikit compared to kalau buat sendiri

      Delete