Tuesday 24 January 2017

Trip ke China - West Great Wall (Part 4)

Keluar je dari exit Jiayu Pass, ktrg nak cari kedai makan dulu before proceed ke Great Wall. Ktrg pergi check kat kedai halal yg ktrg nampak mase turun dari bus pagi tadi. Tapi kedai tu tutup! Hampe gile. Maybe sebab low season so die pun taknak bukak sebab tak menguntungkan. Tapi ktrg tak give up, ktrg patah balik ke arah exit Jiayu Pass tadi balik. Belah kiri exit tu ade macam deretan rumah2 kedai. So ktrg nak try usya. Deretan kedai yg pertama ktrg lalu, ade 3-4 buah kedai makan halal. Tapi hampe jugak sebab semuanya tutup. Ade 1 kedai tu macam bukak tapi pintu tertutup rapat so ktrg takdelah nak g check dekat2.


Kedai ni nampak macam bukak tapi macam gelap je




Tutop jugak

Lepastu ktrg masuk kat selekoh kanan, nampak ade golongan makcik2 bertudung tengah duduk bergossip kat luar sebuah kedai. Tapi kedai tu bukan kedai makan, sebab tak nampak meja2 makan pun. Tiba2 ktrg macam terbau bau makanan yg sedap. Try cari dari mana datang bau tu, jumpe 1 kedai makan yg bukak. Alhamdulillah sebab kedai tu ade lambang masjid, so kedai utk Muslim lah tu. Ktrg ape lagi, tanpe dijemput terus je masuk dalam kedai tu. Kat dalam tu ade 3 buah meje yg ade customer and kesemuanya tengah sedut hirup mee tarik soup tu. Drg memang jenis makan berbunyi ni, macam Jepun makan Ramen/ Soba. Ktrg terus duduk kat meje tepi dinding sambil usya menu bergambar kat dinding. Menu lebih kurang macam kat kedai makan Dunhuang semalam. Ktrg macam nak order nasi dengan lauk sebab nak kenyang sikit.


Kedai makan yg bukak tu tepi traffic light

Tunggu punya tunggu, tak nampak pun tuan kedai keluar utk amek order atau hantar makanan. Yg ktrg nampak ade due org budak tengah main kat kaunter, maybe anak owner kedai kot. Lepastu ktrg tengok ade customer baru masuk kedai and cakap something dengan budak kat kaunter tu. Lepastu die amek cawan kat kaunter and amek flask kat tepi kaunter. Die tuang air panas dalam cawan tu lepastu die duduk kat meje. Tak lame lepastu nampak die pergi amek makanan die kat belakang kaunter. So baru ktrg faham yg kene self service kat sini. Ktrg translate siap2 nak nasi putih in Chinese. Lepastu nanti tunjuk je gambar lauk yg ade kat dinding tu. 


Menu kat dinding

Pergi kat kaunter dengan confidentnye cakap kat budak tu nak nasi n tunjuk gambar lauk. Lepastu budak tu cakap panjang gile. Ktrg tunjuk tulisan China utk nasi kat budak tu tapi budak tu tak reti bace. Tengah2 pening dengan budak tu, ade sorang pakcik macam pakai songkok tengah duduk tak jauh dari kaunter cakap something dgn ktrg. Tak faham jugak, so ktrg nak mudah, cakap kat pakcik tu nak Mee soup je la, nak due. Lepastu di angguk and bagitau budak tu. Settle.. Takde rezeki ktrg nak makan nasi harini. Tak lame lepastu pakcik songkok tu cakap something kat ktrg and tunjuk kat belakang kaunter. Makanan dah siap rupenye. Mee die tak banyak sangat, ok la. Tapi lauk daging die dalam soup tu ade 2 potong je, dah la potongan kecik je. So lame2 makan mee kosong dengan soup tu rasa agak muak sikit. Boleh tambah serbuk cili yg disediakan atas meja kalau nak ade perisa sikit.


Mee Tarik soup tanpa lauk

Tapi kenyang je makan mee soup ni. Lagi2 tengah selsema and sakit tekak so elok lah juga makan soup panas macam ni, bagi clear sikit. Dah habis makan, pergi amek air dalam flask kat tepi kaunter tu. Lepastu bayar terus kat budak tu. Sampai habis makan ktrg tak nampak tauke kedai tu. Die busy masak kat dapur. Tapi nampak la kelibat die mase ktrg intai2, perempuan pakai tudung. Keluar dari restaurant tu, ktrg jalan ke arah entrance Jiayu Pass balik nak try nego dengan pakcik taxi yg ktrg jumpe pagi tadi tu. Tengah2 jalan dalam kesejukan, tibe2 ade taxi yg tengah drive kat jalan hon ktrg. Ktrg pun stop tengok die and die stop tepi ktrg tanye nak g mane. 

Ktrg cakap je Great Wall. Die angguk and keluarkan macam pamphlet tunjuk gambar Great Wall kat ktrg. Ktrg pun angguk and tanye harge kat pakcik tu. Die tunjuk jari 4. Ktrg type kat handphone 40, tunjuk kat die and die angguk. Wow, murah 50% dari pakcik taxi pagi tadi yg offer ktrg 80yuan utk ke Great Wall. Ktrg ape lagi, terus je naik taxi pakcik tu. Tak payah ktrg nak menapak jauh2 ke entrance Jiayu Pass plus boleh jimat. Dalam taxi tu ade heater, lege sikit ktrg. Die bawak ikot jalan shortcut kot sebab jalan takde tar. Lame jugak perjalanan dalam hampir 30 minit. Lepastu ktrg nampak kelibat Great Wall kat atas bukit tak jauh dah. Ktrg dah start excited dah.

Die park kat depan entrance Great Wall. Ktrg tak bayar lagi sebab takut die lari tinggalkan ktrg. Kat situ ade lebih dari 5 buah taxi yg kesemue driver2 die tengah lepak kat luar. Ramai la jugak pelancong yg datang ke sini tapi mostly Chinese la. Lepastu pakcik taxi tu bawak ktrg kat 1 map besar kat tepi entrance, die tunjuk Great Wall nye route lepastu die cakap 1 hour. Lepastu die tunjuk ade macam checkpoint kat sepanjang laluan Great Wall, setiap kali die tunjuk checkpoint tu, die buat gaya tangkap gambar sambil bunyi chikchik. Ade 3 checkpoint semuanya. Kirenye 3 kali la pakcik ni buat gaya amek gambar siap ade bunyi tu. Semangat betul pakcik ni, bagus2. Lepastu die bawak ktrg ke kaunter tiket, ktrg terus tunjuk tiket yg ktrg beli tadi. Staff yg jage kaunter tu scan and ktrg kene scan cap jari. 

Cakap see you in 1 hour kat pakcik tu. Pakcik tu senyum je. Lepas masuk entrance gate, terus boleh jejakkan kaki kat atas Great Wall tu. Great Wall kat sini sepatutnya bersambung dengan Jiayu Pass yg ktrg pergi tadi tu tapi dah rosak and kerajaan China taknak restore balik. Kalau ikut pembacaan ktrg, Great Wall ni bersambung dengan yg kat Beijing tu cuma material die je lain. Kalau Great Wall kat Beijing kan berbatu bata kan tapi kat sini dibuat dari tanah liat. Sebab orang zaman dulu nak siapkan cepat and taknak kos mahal sangat so drg gune je ape2 sumber alam yg ade kat setiap kawasan tu. Macam kat Gansu ni, memang kawasan gurun so tanah liat je lah yg banyak. Dari segi size pun ade beze sebab Great Wall Gansu ni laluan die tak selebar Great Wall Beijing.


Lepas masuk entrance, terus nampak view ni

Entrance kat hujung sane tu
Mule2 tu jalan die mendatar je. So takde masalah la. Lepastu ke dalam sikit, akan start nampak tangge2. Tangge2 yg sangaaat tinggi and takde kawasan mendatar dah kat atas tu untuk dijadikan stop area. Ni kalau orang ramai ni memang mencabar gak. Tapi ktrg memang dah tekad nak mendaki sampai atas. Takpe, slow2 je asalkan sampai. Pakcik taxi tu takkan lari punye walaupun ktrg lambat sebab die tak dapat duit lagi. Mase ktrg nak naik tu, nampak ade 3 orang makcik yg patah balik turun dari Great Wall tu. Wahh, macam ade something je ni. Tapi dari bawah ni nampak takdela tinggi mane sangat pun Great Wall tu so ktrg agak yakin lah jugak boleh sampai atas tu.


Nampak macam tak panjang sangat pun kan

Ktrg start mendaki, bile sampai anak tangge ke 70, stop kejap. Lepastu ktrg pandang belakang, laaa, baru sikit je daki. Patutla makcik2 tadi patah balik. Kalau utk golongan warga emas memang agak mencabar sikit. So sementara ktrg masih muda ni better la selesaikan misi naik Great Wall. Dah tue nanti confirm tak larat dah. Kat bahagian permulaan ni agak tinggi jugak setiap satu anak tangge tu so nak melangkah pun kene panjangkan kaki sikit. Ktrg sempat kire anak tangge sampai ke 200+ je lepastu memang penat gile tak kuase dah nak mengire. Memang takde tempat mendatar kat atas tu utk stop rehat, apetah lagi tempat duduk, memang takde. So mase tengah stop atas anak tangge tu kene balance kan diri elok2. Jangan sampai tergolek ke belakang.


Baru naik sikit je ni
Close up anak tangge Great Wall

Dah nak sampai kat 1st checkpoint tu, ktrg mule dengar riuh rendah suara lelaki dari bawah belakang ktrg. Ktrg nampak ade segerombolan remaja lelaki awal 20an kat belakang ktrg tengah mengah naik tangge. Tapi drg ni bertenaga gak sebab lepas drg stop, drg berlari naik, 2 anak tangge sekali gus. Ktrg yg memang lagi slow dari drg ni, bagi laluan kat drg naik dulu. Bile drg sampai je kat checkpoint tu, semua terjerit2 happy. Sepanjang perjalanan tu memang ade banyak sign tulis naik ikut kemampuan diri. So kalau yg rase tak boleh proceed tu, better patah balik je.


1st checkpoint
Nampak macam rendah je tapi hakikatnye tersiksa gak nak naik

Akhirnya ktrg sampai kat 1st checkpoint. Checkpoint ni die macam menara kawalan. Laluan die agak sempit and curam sikit untuk ke atas checkpoint tu. So kene berhati2 sikit. Untuk 1st checkpoint ni, memang kene naik ke atas platform utk proceed ke puncak. Maknenye nak taknak memang semua orang akan melalui laluan yg agak sempit ni.


Laluan untuk ke checkpoint

Laluan agak sempit

Kat sini kene langkah besar sikit
Dah sampai kat atas, baru lega sikit sebab ada kawasan rata. Tapi takde tempat duduk disediakan. Material Great Wall kat sini dari tanah liat ye, so kalau sandar kat dinding Great Wall tu memang melekat la debu tanah liat tu. Kat atas 1st checkpoint ni boleh nampak view area sekeliling tempat ni. Kalau bahagian depan akan nampak kawasan bandar dengan tenaga nuclear, belah kanan kiri belakang hanye ade kawasan gurun tanah rata and bukit bukau berbatu bata je. Pokok memang tak nampak sangat kat sini.



Kawasan perkampungan, nuclear and kawasan bandar kat belakang tu

Gurun kosong

Ade ice rink kat tepi ni
2nd checkpoint tak jauh sangat dari yg 1st ni. Tapi die ade due laluan, satu untuk naik atas checkpoint and lagi satu untuk proceed ke puncak. Ktrg malas nak naik atas 2nd checkpoint sebab mesti lebih kurang je. Plus dengan kepenatan yg melampau and rase tak sihat ni lagi la ktrg kalau boleh nak cepat2 sampai puncak. Ktrg teruskan je naik slow2. Tapi ktrg perasan yg anak tangge kat bahagian atas ni kecik2 je, so mudah sikit compared to kat bawah tadi. Last checkpoint pun tak jauh sangat dari 2nd checkpoint. And at last ktrg berjaye berada kat puncak, Alhamdulillah. Last checkpoint ni takdelah tinggi lagi ke ape, nampak macam 1st checkpoint tu yg paling tinggi. 


Final checkpoint
Lepas final checkpoint, dah habis dah laluan Great Wall ni. Tapi ktrg nampak kat bukit belah depan sane tu ade lagi Great Wall tapi tak bersambung dengan kat sini. Mungkin sebab Great Wall kat Gansu ni tak sefamous Great Wall Beijing so kerajaan China takdelah beriye sangat nak baik pulih kat sini. Kalau Great Wall kat Beijing tu boleh tahan gak panjang die.

Kat atas ni boleh nampak view bukit bukau berbatu. Lepastu ade due buah gerai yg jual souvenir. Agak2 setiap hari ke drg ni mendaki naik kat atas ni ek. Mesti fit gile. Group remaja lelaki tadi tu agak adventurous jugak sebab drg pergi naik atas bukit and buat bentuk love gune batu2 bukit. Tepi laluan jalan kaki ni ade palang tapi drg kesah ape, drg langkah je palang tu utk ke atas bukit tu. Takpela sebab drg warganegara sini. Tapi ktrg perasan kat area bawah sikit, dah tak ade palang dah. So maybe memang boleh mendaki bukit2 ni tapi at your own risk la. Kalau ktrg sihat rasenye ktrg dah explore dah naik atas bukit2 takde palang tu.


Aktiviti remaja lelaki tadi

Area berbukit bukau


Atas bukit kat sane ade macam temple
Nampak Great Wall ni kat atas bukit belah sane

Ktrg spend mase sikit kat atas ni untuk tangkap gambar. Dah puas hati baru ktrg turun. Nak turun ade laluan lain, tak payah patah balik ikut Great Wall. Laluan tepi bukit gune tangge biasa. Nak turun ni boleh la nak laju sikit. Tapi kene hati2 jugak sebab agak curam.


Laluan nak turun dari Great Wall

Tempat letak padlock, boleh beli kat kedai souvenir


Kat bahagian bawah sikit, takde palang kat tepi bukit. Boleh naik bukit tu kalau nak
Bile makin kebawah, budak2 lelaki tadi ramai2 pergi duduk lepak atas bukit yg tak tinggi sangat. Tapi macam best je tengok drg. Ktrg takdela pergi nyebok kat drg. Ktrg terus turun je. Lepastu nampak drg turun ikot bukit tu ke area tempat parking kereta. Lagi shortcut kalau macam tu. Bile ktrg sampai bawah, nampak rombongan unta2 dengan pedagang Arab yg macam nak mendaki bukit ni. Tapi semua tu patung je lah. Attraction kot sebab nak tunjukkan kat sini Silk Road.


Depan tu leader drg, pakai kopiah

Ade jugak golongan rakyat China and pendeta kat sini

Org Arab berserban
Dah kat bawah tempat patung2 ni, ktrg baru nak check timing. Total time yg ktrg amek utk naik turun and siap bergambar lagi sejam 15minit je. Not bad la. Tak tersasar jauh sangat. Kat bawah ni baru ktrg nampak yg sebenarnye area ni security utk check ticket tak ketat sangat. Kirenye orang boleh naik dari tempat nak turun tu utk ke Great Wall. Gate ke ape memang takde, staff yg jage ade sorang je tu pun kat tempat scan ticket tu je. So nampak macam agak senang nak masuk secara illegal kat sini. Mase tengah jalan ke arah tempat taxi tadi tu, ktrg nampak frozen river lagi. Tapi yg ni air die macam tak banyak sangat.





Terus je ktrg pergi kat tempat taxi parking tadi. Ade 5 ke 6 bijik taxi kat situ. Ktrg macam confius taxi yg mane satu sebab semue same je. Muke pakcik taxi tadi pun dah lupe. Ktrg gerak ke depan lagi sikit, lepastu dengar ade orang cakap "Hello Hello". Suara macam familiar. Ok, pakcik taxi tadi dah muncul. Die bawak ktrg ke taxi die and die keluarkan pamphlet die balik. Die tunjuk ade 1 lagi area tourist attraction, The First Fire Tower of The Great Wall. Tapi hanye seketul batu je dimana fungsi die mase zaman dulu digunekan sebagai lokasi untuk hantar pesanan ketenteraan melalui asap or macam bunge api tu. Interesting jugak tapi sebab ktrg nak save duit plus just batu seketul je so ktrg cakap tak nak pergi. Pakcik taxi tu angguk je and bawak ktrg balik ke Jiayu Pass.


On the way ke Jiayu Pass balik
Dah sampai tu, pakcik tu turunkan ktrg kat bus stop. Ktrg bayar 40yuan sambil ucapkan XieXie kat pakcik tu. Bus stop ni dekat2 dengan tempat pakcik taxi tu amek ktrg tadi. Rase macam bus no4 tak stop kat sini sebab pagi tadi bus tu stop dekat dengan entrance. So ktrg pun jalan ke depan sikit ke arah entrance. Lepastu tunggu kat bus stop seberang jalan dari tempat bus tu turunkan ktrg pagi tadi. Ade beberape orang rakyat China tengah tunggu bus jugak mase ni. Tunggu kejap je lepastu nampak kelibat bus tapi nombor 6 bukan nombor 4. So ktrg tunggu je lagi dalam 10minit baru bus no4 sampai. Bus no4 ni jugak boleh digunakan utk sesiapa yg nak terus ke Jiayuguan Railway station, rujuk timetable bawah ni.


Pagi tadi bus turunkan kat seberang sane

Timetable bus no4
Naik bus, sekali ktrg baru perasan yg ktrg takde duit kecik 1yuan. So terpakse bayar 5yuan utk 2 orang. Sepanjang perjalanan balik tu ktrg usya2 la jugak kot2 ade kedai makan Muslim, boleh pergi masa dinner nanti. Kalau kat area Jiayu Pass tadi agak banyak jugak kedai makan Muslim tapi tak nampak pulak mase kat dalam bandar Jiayuguan. Ktrg pun sebenarnye tak sure kene turun kat bus stop yg mane satu utk ke hotel.  Ktrg tengok google map (kene ade apps Turbo Net utk access google) untuk check location ktrg. Agak2 macam dah dekat dengan hotel, ktrg terus turun. Rupenye ktrg terturun awal sangat sebab hotel tu kat depan lagi.

Tapi ok jugak turun awal ni sebab ktrg turun kat tempat penjaja makanan. Elok pulak tu ktrg jumpe due penjaja Muslim, sorang jual ayam panggang and lagi sorang jual satay kambing. Yg jual ayam tu macam busy jugak memanggang sebab customer ramai. Yg jual satay kambing tu takde org beli pun and satay tu tak nampak berasap pun. So ktrg decide beli ayam panggang je la walaupun sebenarnye nak try satay kambing jugak. 5yuan je seketul utk ayam panggang tu yg bersize agak besar. Ktrg amek seketul sorang. Ok la jugak utk buat dinner. Lepastu jalan ke arah hotel, nampak laluan macam pasar jual makanan ni. Ktrg masuk usya2 sikit, jumpe kacang and ktrg beli almond. 30yuan sekilo.



Siapa boleh baca Jawi mesti boleh baca ni

Dah beli almond tu, tak boleh nak explore ke dalam lagi. Area pasar ni luas jugak sebenarnye. Ktrg kene balik hotel cepat sebab belum solat Zohor & Asar lagi, ktrg nak buat Jamak Ta'khir. Jalan ke depan sikit je, tak jauh sangat pun dengan hotel. So ktrg berazam akan datang balik ke pasar ni esok pagi before pergi railway station. Sampai2 je hotel, solat mandi semua. Lepastu makan ayam panggang sambil tengok drama China pasal pembelot negara. Lepastu baru terase sakit sengal2 1 badan, memang penat lah jugak rase. So ktrg rehat je malam tu takde keluar g mane2. Telan ubat selsema yg mengantuk tu utk bg lege sikit selseme ni.

Keesokkan paginye, ktrg bangun solat subuh. Walaupun matahari akan muncul dekat2 pukul 9pagi tapi ktrg tak boleh nak bermalas2an keluar lambat. Sebab nak kene check out dari hotel ni pukul 12pm. Ktrg kemas sikit2 barang and ktrg try google map cari kedai fast food Dicos yg ktrg jumpe kat Dunhuang yg Halal tu. Baru ktrg tau yg Dicos ni memang fast food yg berasal dari China so branch die agak banyak jugak. Kalau ikot google, Dicos ni gunekan ayam halal kat semua branch die. So ktrg jumpe ade satu tak jauh dari hotel, dalam 20minit jalan kaki. Ktrg turun bawah tanye receptionist nak naik bus ape ke situ. Staff dah bertukar, bukan staff semalam. Yg ni die PMS gak sebab die malas nak layan ktrg. Ktrg push die gile2 sampai die bgtau kene naik bus no1. Lepastu ktrg mintak tukar duit kecik 1yuan sebab ktrg dah habis duit kecik, boleh pulak die mengeluh kuat2.

Ktrg tunggu bus kat bus stop depan area hotel. Tunggu kejap je terus nampak bus no1 datang. Masukkan 1yuan setiap sorang dalam box tepi driver. Lepastu terus bukak google map nak check location. Tak jauh pun, dalam 5 minit je dah sampai. Tapi, Dicos kat sini tak nampak pulak logo halal die. So ktrg macam dah serbe salah nak makan. Sebab dah takde choice, ktrg order burger telor + hashbrown je. Dapat free coffee. Lepastu ktrg tengok persembahan staf2 Dicos ni menari kat luar, depan kedai drg. Care drg nak memotivatekan staff kot.

Lepastu ktrg ingat nak menapak je balik hotel sebab nak singgah pasar tu. Lagipun lepas breakfast ni rase bertenaga sikit. Sakit tekak pun dah kurang lepas makan ubat selseme semalam. Ade kaitan ke ubat tu kat tekak. Sampai kat pasar tu, nampak meriah jugak rakyat China membeli belah. Mostly memang barang2 makanan la yg drg jual macam tea, sayur, daging, kekacang, kurma, kismis and lain2. Lepastu masuk ke dalam lagi ktrg jumpe 1 section utk halal food. Tapi daging je la yg banyak.


Macam nak beli tapi tak terbeli

Bende ni byk drg jual sebab dah nak CNY

Barang2 kering

Rose tea ni sangat mahal

Section Halal

Ramai jugak org beli daging Halal
Lepastu ktrg terfikir, kalau ade section Halal kat pasar ni, mesti ade kedai makan Halal jugak dekat2 sini. So ktrg explore lagi and memang ade! Alhamdulillah, boleh la ktrg nak tapau utk makan dalam overnight train petang ni. Sebab kebetulan makanan ktrg pun memang dah tinggal sikit. Ktrg pergi dekat kedai makan tu, nampak macam baru nak bukak je sebab org kedai die tengah sapu depan kedai. Die nampak ktrg, terus die panggil ktrg. Dah masuk dalam kedai baru org kedai tu pakai kopiah die. Ktrg berazam memang nak order nasi jugak kali ni. Org tu bagi menu bergambar. Gunekan apps traslator tu gile2 utk translate and akhirnya berjaya order nasi putih dengan lauk daging kambing. Total 40Yuan, paling mahal yg ktrg pernah order setakat ni. Yg mahal tu harge kambing tu la. Tapi sebab ktrg nak yg mengenyangkan, terpakse lah. Orang kedai tu hidangkan tea kat ktrg. 1st kedai kat China yg menjamu ktrg air setakat ni.


Kedai makan halal area pasar Jiayuguan

Ade calendar Hijrah

Die bagi green tea, pahit sikit
Mungkin jugak sebab die tengok ktrg ni terbatuk2 dengan selseme kot, tu yg die bagi tea ni. Lege lah sikit dapat air panas ni dalam cuaca sejuk2 macam ni. Tunggu dalam 10minit, makanan siap. Die bagi nasi banyak gile2 dalam polistrin tu, memang puas hati lah ktrg bayar mahal. Daging kambing pulak die letak dalam tupperware bulat yg besar sekali dengan due chopstick. Bagus, senang nak bawak naik train. Lepastu ktrg g beli kismis dengan ubi keledek bakar utk buat makan dalam train. Dah settle, balik hotel and kemas barang. Ktrg check out pukul 11.45am. Turun bawah nak check out, nasib baik staff yg bertugas bukan akak PMS tadi tu. Tapi yg ni memang langsung tak paham basic English. Lame jugak ktrg kene bg die faham nak kene naik bus no berape utk ke Jiayuguan Railway Station. Last2 berjaye gak bagi die paham, die suruh naik bus no1 tapi kat opposite way. Adekah ktrg berjaye sampai railway station utk naik train pukul 2.30pm? Sambungan kat next entry.

No comments:

Post a Comment