Wednesday 15 February 2017

Trip ke Melaka

On the way balik dari JB masa Trip ke Singapore (USS), ktrg bercadang nak singgah lagi 1 malam kat mana2 sepanjang laluan ke KL tu. So lepas dapat kata sepakat dari semua orang, ktrg nak singgah kat Melaka. Sebab sampai kat JB pun dah malam, ktrg terus je gerak ke Melaka yg memakan masa 2 jam je dari JB. Kat JB ktrg tak singgah mane2 pun. Nak explore Johor ni next time la kot kalau ade ape2 hal kat Johor. Kat Melaka ada banyak pilihan hotel yg ade. Ktrg ingat nak tengok night view kat sungai bandar Melaka so book mana2 hotel yg berhampiran dengan sungai Melaka tu lah.

Sebelum ni, ktrg duduk Hotel Wana Riverside yg boleh nampak view sungai Melaka, laut, kapal besar kat tengah2 bandar Melaka tu sekali dengan A'Famosa dari bilik. Tapi sebab mase nak book tu harga Hotel Wana Riverside tak include breakfast so ktrg saje nak try hotel lain pulak yg include breakfast. Harge semestinya ktrg cari below RM100 and kene berhampiran dengan sungai Melaka. Last2 jumpa hotel Hallmark Leisure hotel. Kalau tengok map, kedudukan Hallmark Leisure ni seberang sungai dari Hotel Wana Riverside. Disebabkan sampai Melaka pun dah lewat dalam pukul 12am+ and exhausted ktrg terus jmasuk bilik and tidur. Tak jadi nk jln mlm2.

Agak rugi tak pergi tengok view sungai Melaka masa malam. Time ktrg sampai tu nampak ade mat salleh yg jalan2 ke area belakang hotel. Lagi pun sepanjang sungai Melaka tu ada banyak restaurant and lampu so rasenye selamat kalau nak jalan2 tengah malam lagi2 kalau macam ktrg ni gerak dalam group. Hallmark Leisure Hotel ni walaupun terletak dekat dengan sungai Melaka tapi tak boleh nampak view sungai tu dari bilik. Maybe sebab tu kot die agak murah sikit. Tapi ok je hotel ni walaupun hotel lama tapi bersih je.





Yang ni view dari bilik Hotel Wana Riverside. 906 Riverside Hotel tu betul2 sblh river, pastu ada balcony. Kalau hotel Hallmark Leisure pulak belakang hotel 906 tu.





Keesokkan harinya ktrg turun breakfast pukul 9am. Breakfast buffet, tak banyak choice, tapi semuanya sedap. Antara food yg drg hidang ielah Nasi Goreng, Kuew Tiaw Goreng, Roti Bakar, Baked Beans, Fries, Potato Wedges, Hot Dog, Buah Tembikai dgn Kek Gulung. Air pulak ade air coordial grapes, tea o, coffee, soya bean & nescafe. Lagipun time ni hari Jumaat, bukan hari minggu or cuti sekolah so maybe tak ramai orang and drg masak ikut kuantiti guest yg ade. Kalau nak tmbh breakfast utk sorg, dorg RM 10. Dah settle makan sampai kenyang, naik atas balik utk kemas bag nak check out. Asalnye plan nak check out pukul 10am tapi end up pukul 11am baru ktrg check out.

Lepastu pergi park kereta kat area belakang hotel yg lagi dekat dengan sungai Melaka tu. Sebab ktrg keluar dah lewat, so ktrg kene lah mengharungi cuaca yg panas terik membahang sepanjang laluan sungai Melaka tu. Tapi berangin lah jugak area ni so ok sikit. Dikatakan sungai Melaka ni dah dibuat pembersihan secara besar-besaran untuk dijadikan tourist attraction kat Melaka ni. Ktrg tengok pun memang agak bersih jugak, takde bau busuk ke ape. So syabas diucapkan kepada negeri Melaka. Ktrg menyusuri laluan tepi sungai Melaka ni ke arah Bandar Hilir Melaka yg ade gereja St. Paul warna merah tu.

Sungai Melaka yg agak bersih jugak

Takde orang sebab cuaca panas terik membahang
Ade peta disediakan utk memudahkan tourist jalan2



Cruise







Jumpe tapak archeology gereja






Signboard


Melaka fountain






Dah sampai kat area Bandar Hilir tu, ktrg singgah minum cendol kejap kat gerai2 seberang jalan dari Gereja St. Paul tu. Seingat ktrg cendol kat sini sedap tapi kali ni ktrg g rase kureng sikit. Maybe dah tukar owner kedai. Tapi orang memang ramai kat sini. Ktrg try minum air tembikai yg die serve dalam kulit buah tembikai. Die blend kasar isi tembikai tu and jadikan macam juice. Tapi tak sejuk so kurang menyelerakan. Lepas settle minum, ktrg pergi kat gerai2 jual souvenir Melaka kat depan gereja St. Paul. Nak cari fridge magnet (FM) seketul je. Kat sini standard price, 3 ketul RM10, kalau 1 ketul RM4. Lepastu peniaga kat sini semuanya tak bagi amek gambar, tak sporting betul.

Menu and harga cendol


RM10 untuk sebijik ni, agak tak berbaloi
Lepastu ktrg patah balik ke arah tempat ktrg parking kereta tadi. Tapi ktrg ikut laluan seberang sungai dari arah ktrg gune tadi untuk nampak view dari seberang sana pulak. Ade jumpe mat salleh and beberapa remaja muda sepanjang ktrg jalan ni tapi tak ramai.

Payung2 tu tempat minum cendol & air tembikai








Trip ktrg ke Melaka sebelum2 ni, ktrg dapat jalan2 mase malam kat Melaka ni. Area sungai Melaka ni boleh access ke Jonker street yg macam pasar malam ade jual banyak bende. Nak jalan2 area sungai ni mungkin timing yg sesuai ialah time lewat petang or malam sebab tak panas sangat. Kalau malam memang view lawa gile la sebab sepanjang sungai tu ade lampu2, ala2 macam kat Venice sikit.



Deretan beca yg famous kat Melaka ni









Ktrg sempat try naik river cruise kat sini. Tapi ktrg tempah sehari awal dari hotel. Ingat nak naik river cruise time malam best sikit boleh tengok night view tapi tiket utk malam dah habis. So nak tak nak kene naik time siang lah.

Harga river cruise. Kalau cuti and public holiday kena bayar lebih sikit. Kalau pergi cuti sekolah, disarankan beli awal takut tiket habis.







Dah selesai semua, ktrg balik kat kereta. Memang panas gile lah berpeluh2 time ni. Ktrg kan park kat kedai mamak so pergi bungkus air ikat tepi kat kedai mamak ni. Dapat minum air sejuk ni baru lah lega sikit plus dapat aircond kereta. Next destination ktrg nak ke Klebang. Ade 3 tujuan ktrg nak ke Klebang ni. Nak minum coconut shake yg famous gile tu, nak g museum kapal selam dengan nak terjah 'padang pasir' buatan yg dah viral tu. So mule2 ktrg ke museum kapal selam dulu. Disebabkan hari tu hari jumaat, die tutup mase ktrg sampai tu utk solat Jumaat and die bukak balik puku 2.45pm. So ktrg kene datang lewat sikit lah jap lagi.

Harga tiket & waktu lawatan
So ktrg pergi cari coconut shake dulu. Waze gerai die, sampai2 situ pun same jugak tutup. Maybe sebab solat jumaat. Bagus lah jugak drg tutup untuk jaga solat. Tak sia2 gerai drg famous. Lepastu ktrg takde destination lain, terus ke pantai Klebang je lah. Walaupun panas terik tapi ktrg pergi jugak kat pantai tu kejap. Pantai die berangin, air tengah surut. Ade beberapa bangau kat sini time ni. Orang main layang2 pun ade tapi tak ramai.




Pantai bersih jugak

Air surut

Bangau oooo bangau


Takde ape yg menarik sangat pun sebab air surut, ombak pun takde. Ktrg naik kereta balik and nampak ade deretan bus2 yg diparking memanjang and setiap satu bus tu ade gerai makan kat depan die. Kebanyakkannye jadikan bus tu tempat simpan barang or jadi dapur. Ktrg singgah beli keropok lekor and elok pulak sebab ktrg jumpe gerai cawangan Klebang Original Coconut Shake tu kat sini. Drg tengah set up kedai. Keropok lekor pun baru nak masak, so ktrg tunggu je lah. Coconut shake drg ade yg dah siap dalam cawan, drg letak dalam 1 bekas besar. So order je, terus dapat. Dah tak payah tunggu drg bancuh dulu.

Dah lame membuang mase, ktrg pergi balik kat museum kapal selam tu. Time ktrg sampai sane dah pukul 2.30pm. Kereta parking kat sini dah start banyak. Lepas tu tempat jual tiket pun dah dihurung dengan ramai orang. Tapi gate nak masuk dalam area kapal selam tu belum bukak lagi. So ktrg malas nak bersesak2 dalam panas, ktrg biar drg semua beli tiket and masuk dalam dulu. Bile tempat jual tiket tu dah takde orang baru ktrg keluar. Beli tiket harga RM5 setiap sorang. Cuaca time ni memang sangat panas so terus je ktrg naik atas kapal selam tu.


Naik tangge tu untuk masuk dalam kapal selam
Kapal selam ni asalnye kepunyaan tentera Perancis yg digunakan oleh TUDM untuk sesi latihan pada tahun 2005 hingga 2009. So lepastu kapal selam ni dah tak digunakan and kerajaan Malaysia beli kapal selam ni dan diserahkan kat Melaka untuk dijadikan museum yg menelan belanja sebanyak 12.5 juta. Museum kapal selam ni dibuka untuk public pada hujung tahun 2011. Masuk2 je dalam kapal selam ni, ade aircond so takdelah rase lemas sangat. Kawasan die sempit, laluan die muat seorang je untuk jalan. Agak jem jugaklah sebab bila org depan stop amek gambar, orang belakang tak boleh gerak. Rasanya better kalau drg limitkan bilangan orang yg masuk pada satu2 masa.

Ade staff yg jage kat pintu masuk kapal selam. Tapi drg busy berborak sesame drg, tak terangkan ape2 pun kat orang2 yg baru masuk. Sign banyak je kat dalam ni untuk terangkan setiap area yg kita lalu. Ade tunjuk katil tempat crew tidur which sangat2 sempit and gelap, dapur drg, bahagian engine, bahagian kemudi kapal dan lain2. Tingkap 1 pun takde dalam ni so memang drg hidup dalam ni tak nampak alam lah. 


Entrance masuk kapal selam

Katil tergantung

Laluan untuk visitor lalu

Tempat control kapal selam

Tempat makan or lepak2

Sinki tepi katil

Sempitnye

Ni biliik crew pangkat tinggi, selesa sikit

Dapur



Tak boleh nak lepak lame2 sangat dalam kapal selam ni sebab kesian kat org belakang. Tapi kalau dah keluar, boleh je nak masuk lagi. Ktrg turun bawah, jumpe ade area tv besar and ade banyak kerusi utk visitor tengok documentary pasal kapal selam ni. Lepas tu ade jugak die tampal info pasal kapal selam ni and pasal kapal2 selam lain yg ade kat dunie. Rasenye agak menarik lah jugak sebab kite boleh tengok real life macam mana keadaan dalam kapal selam and boleh imagine macam mana crew2 dalam tu nak hidup dengan limited space and takde pemandangan ape2. Rasenye drg takde display toilet. So tak sure macam mane drg buat toilet and tempat mandi kat dalam kapal selam. Lepastu ade section jet pejuang jugak, ade 2 buah jet yg drg display kat sini.


Ni yg kat Russia

Ni kat Jepun. Boleh terjah kalau ke Jepun lagi lepas ni


Section jet
Hari terlampau panas buat ktrg taknak duduk lame2 kat sini. So gerak ke arah pintu exit. Kat luar ni ade buat macam bangunan utk org berniaga tapi kosong je. Ade jugak cafe submarine tapi belum bukak lagi. Soon katanya. Ktrg nampak ade surau disediakan so terus singgah solat kat sini je sebab senang. Lepastu cadangnye nak ke 'padang pasir' buatan yg dah viral tu. Die tak jauh dari museum kapal selam. Kene lalu jalan takde tar. Sekali tengok drg letak palang besar tak bagi kereta masuk. Nampak lah kelibat padang pasir tu dari jauh tapi agak jauh jugak lah nak menapak dari palang tu. Ade beberapa kereta yg park kat sini tapi semua macam duduk dalam kereta je tunggu ade orang ke tak jalan ke dalam. 

Tak lame lepastu nampak ade convoi 3 buah kereta masuk ke laluan tepi palang tu. Nampak macam budak2 baru nak up so rasenye mesti nak ke 'padang pasir' jugak ni. So ktrg follow drg dari belakang. Jalan makin lame makin berpasir and ktrg cuak takut kereta melekat masuk dalam pasir. Drg pun dah makin slow and ktrg decide patah balik je. Lepastu pergi balik area palang, nampak ade org cina yg nak jalan masuk. Asalnye nak join jugak jalan masuk dalam tu tapi ramai dalam group ktrg ni tak sanggup nak redah panas2 macam ni so lastnye say bye2 je kat 'padang pasir' buatan tu dari jauh.

Dengan itu, maka berakhirlah trip ktrg kat bandaraya Melaka ni. Lepastu nak lunch tapi sebab dah pukul 4pm, kedai pun dah tak banyak yg ktrg jumpe so ktrg try cari canteen kat dalam UTeM. Cari area canteen, bukak. Drg jual goreng2 je so ok lah. Harga pun murah sebab utk student kan. Dah kenyang, ktrg teruskan perjalanan masuk highway PLUS. Lepastu rase macam ade mase lagi so ktrg singgah A'Famosa Outlet Store yg terletak tak jauh dari A'Famosa Resort. Parking free, so memang best lah. Time ni decoration sempena Chinese New Year lagi. Windmill yg besar tu pun drg sangkut2 dengan tanglung semua. Lepastu ade show lion dance. Kat dalam ni agak ramai jugak walaupun hari Jumaat. Kedai2 kat sini harge lebih kurang je macam kat tempat lain mase tengah sale. Maybe murah 2 3 4 5 ringgit macam tu je. Beli ala kadar je ape yg patut then terus gerak balik ke KL.


A'Famosa Premium Outlet

No comments:

Post a Comment